Pembukaan Semula Permohonan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022
Khas untuk anda lepasan SPM!
Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini memaklumkan bahawa permohonan UPUOnline kini dibuka bermula 15 Jun 2021. Ini bertujuan memberi peluang kepada calon lepasan SPM yang tidak berkesempatan memohon UPU Online pada Januari lalu.
Maka oleh itu, Permohonan UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2021/2022 bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf kini dibuka bermula esok.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan semua permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM sesi akademik 2021/2022 ini, kami akan kongsikan. Ikuti perkongsian di bawah ini.
Table of Contents
TINDAKAN LEPASAN SPM
Berikut adalah tindakan lepasan SPM yang perlu dilakukan mulai 15 Jun 2021 :
- Pemohon yang BELUM PERNAH MEMOHON : Mengemukakan permohonan dan memilih program pengajian
- Pemohon yang TELAH MEMOHON : Mengemaskini pilihan program pengajian
DASAR & KRITERIA PEMILIHAN LEPASAN SPM
- Pencapaian akademik dalam peperiksaan
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
- Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon
- Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh Universiti Awam, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA
- Lulus temuduga/ ujian bagi program bertemu duga dan ujian
- Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan
- Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA
TEMPOH PERMOHONAN BARU & PENGEMASKINIAN
- Tarikh buka : 15 Jun 2021 (Selasa) Jam 12 tengah hari
- Tarikh Tutup : 21 Jun 2021 (Isnin) Jam 5 Petang
PERINGKAT PENGAJIAN
- Asasi
- Sijil
- Diploma
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- ILKA