Permohonan Skim Program Perumahan Rakyat 2021 (PPR)
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2019, golongan B40 merangkumi 2.91 juta isi rumah di Malaysia dan had pendapatan bagi kumpulan ini adalah RM4,849. Bagi kategori miskin dan miskin tegar pula, purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 seluruh negara ialah RM2,208.
Dengan hasil pendapatan yang kecil seperti ini, agak sukar untuk rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Maka oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR).
Ikuti perkongsian di bawah ini bagi mengetahui mengenai Program Perumahan Rakyat (PPR) serta cara untuk memohon.
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk penempatan setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah seperti B40. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yan dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan, terdapat dua skim PPR yang boleh dimohon iaitu :
- PPR Disewa
- PPR Dimiliki
- Kawasan bandar-bandar besar
– Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat - Kawasan pinggir bandar
– Jenis rumah teres - Keluasan
– Tidak kurang daripada 700 kps - Binaan
– 3 bilik tidur
– 1 ruang tamu
– 1 ruang dapur
– 2 bilik air
- Kemudahan asas
– Dewan komuniti / ruang orang ramai
– Surau / ruang solat
– Gerai makan / ruang niaga
– Tadika
– Kemudahan OKU
– Taman permainan / kawasan lapang
– Rumah sampah
- RM124.00
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
- Buka laman web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat e-mel)
- Buka emel dan buat pengesahan akaun
- Kemudian log masuk ke portal SPRN
- Pilih skim mengikut kelayakan anda
- Lengkapkap semua maklumat yang diperlukan
- Pilih projek (PPR)
- Muat naik dokumen yang diminta
- Buat pengesahan dan hantar permohonan anda