TARIKH & KAEDAH PENEBUSAN BPR FASA KEDUA BAGI PENERIMA TIADA AKAUN BANK

Terkini, penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak dan mempunyai akaun bank telahpun menerima bayaran BPR bagi Fasa kedua masing-masing seperti yang telah dijadualkan bermula 7 Mei sehingga 12 Mei 2021 baru-baru ini.

Namun, bagi pemohon yang lulus permohonannya tetapi TIDAK MEMPUNYAI AKAUN BANK, mereka bolehlah menuntut bayaran bantuan BPR mereka secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.

Untuk kali ini, kami akan membuat perkongsian mengenai bagaimana cara dapatkan bantuan BPR secara tunai bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank.


 TARIKH RASMI BAYARAN BPR SECARA TUNAI

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh menerima bayaran BPR Fasa kedua secara tunai melalui cawangan BSN iaitu pada :

  • 17 Mei 2021
Untuk makluman, pembayaran BPR secara tunai ini adalah kepada penerima lulus yang :
  • Tidak memiliki Akaun Bank
  • Akaun Bank tidak aktif
  • Gagal Kredit
Oleh itu, para pemohon hendaklah membuat semakan terlebih dahulu untuk ketahui kaedah bayaran dan status permohonan. Hanya penerima yang tiada akaun bank / akaun bank tidak aktif / gagal kredit sahaja yang akan menerima bayaran melalui kaedah ini.


PEMBAYARAN SECARA TUNAI

Sebarang semakan mengenai status permohonan BPR Fasa Kedua, anda boleh lakukannya di : https://bpr.hasil.gov.my/
Para pemohon / penerima yang dapat bayaran BPR melalui kaedah secara tunai, anda akan menerima No. Baucar bagi memudahkan proses penebusan bantuan BPR anda dengan lancar.


KAEDAH BAYARAN TUNAI

Melalui kaedah bayaran secara tunai ini, penerima hanya perlu hadir di mana-mana Cawangan BSN berhampiran. Sila sertakan dokumen yang diperlukan agar proses penebusan berjalan lancar. Ianya seperti :
  • Kad Pengenalan
  • No. Baucar
Nota : Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penebusan BPR 2021.


Leave a Comment