PANDUAN LENGKAP DAFTAR BSN ONLINE BANKING
Online Banking merupakan salah satu cara langkah mudah yang di sediakan oleh setiap bank yang ada di negara kita. Pelbagai kelebihan yang terdapat melalui perbankan internet ini yang membolehkan pengguna menyemak baki,membayar bil, pindahan wang dan transaksi hanya melalui dalam talian tanpa perlu hadir ke mesin ATM apatah lagi beratur panjang menunggu giliran, lebih-lebih lagi dalam menangani jangkitan Covid-19. Segalanya hanya di hujung jari sahaja.
Anda pengguna Bank Simpanan Nasional (BSN)? Tak tahu cara untuk mendaftar BSN Online Banking? Jangan risau, kami akan kongsikan panduan nya. Admin tertarik untuk berkongsi mengenainya, berikutan pelbagai bantuan-bantuan yang di sediakan kerajaan seperti BPN & BPR, kebanyakannya bayaran untuk bantuan ini akan di lakukan melalui akaun BSN. Admin sendiri pun menerima bantuan ini melalui BSN juga, Hehe..
Sebelum kita meneruskannya, mari kita berkenalan dahulu dengan myBSN Online.
MYBSN ONLINE
- MyBSN online merupakan portal internet yang mengandungi semua maklumat yang anda ingin tahu tentang BSN daripada maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Apa yang paling penting sekali, perkhidmatan seperti menyemak baki akaun, membayar bil, memindahkan wang, anda tidak perlu lagi membuang masa, tenaga untuk bebaris di ATM, anda hanya perlu melakukan kesemuanya hanya melalui myBSN Online. Seperti yang saya cakap tadi, segalanya hanya di hujung jari.
- Berumur antara 18 tahun ke atas
- Pemegang akaun BSN dengan kad ATM / Debit / Kredit BSN
- Untuk pendaftaran online, sila ke laman web rasmi BSN iaitu : http://www.mybsn.com.my/
- Kemudian, sila klik “First Time Registration
- “Terms & Conditions”, Sila klik “Accept“
- Sila masukkan nombor kad debit / kredit. Sila isikan maklumat yang diperlukan sahaja. Card Verification Value (CVV2) boleh rujuk pada kad debit / kredit anda yang tertera di bahagian belakang (3 nombor)
- Sekiranya anda Warganegara Malaysia, sila isikan “New IC Number”. Bagi yang bukan Warganegara Malaysia, sila pilih “Military IC / Passport Number”
- Masukkan butiran Username, Password, Kod OTP dan online image
- Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan “Click Here” untuk login dan masukkan username dan password anda.
- Sila pergi ke laman web rasmi BSN online banking https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Masukkan “USERNAME” yang telah anda daftarkan
- Klik butang “LOGIN”
- Pastikan Online Image yang anda daftarkan adalah sama dengan paparan yang di tunjukkan
- Masukkan Password
- Kemaskini maklumat peribadi anda
- Pilih soalan rahsia anda, dan sertakan sekali jawapan bagi setiap soalan yang anda pilih
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :
- 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
- [email protected]
- Facebook BSN Malaysia
- https://www.mybsn.com.my/