BANTUAN E-WALLET DINAIKKAN KEPADA RM150
Terbaharu, menerusi Program eBelia melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi ataupun lebih dikenali sebagai PEMERKASA, bantuan kredit eWallet akan diberikan khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian TInggi (IPT) di Malaysia.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lalu. Bantuan eWallet ini di antara 20 inisiatif yang akan di laksanakan di bawah program PEMERKASA bagi pemulihan ekonomi dan merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi mengenai bantuan Program eWallet di bawah program PEMERKASA ini.
EBELIA PEMERKASA
Sebelum ini, Tengku Zafrul Abdul Aziz melalui pembentangan belanjawan 2021 pada November lalu telah mengumumkan, kerajaan bersetuju agar bantuan eWallet ini dinaikkan pada kadar RM100.
Namun, menerusi bantuan pakej PEMERKASA baru-baru ini, Kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk para belia membuat penebusan kredit eWallet ini antaranya :
- Belia mestilah berumur 18 hingga 20 tahun
- Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja.
- JUN 2021
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
Maklumat lanjut mengenai eBelia PEMERKASA ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.
Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.
E wallet rm150 utk belia 18-20tahun sje ke ? Kami yg rumahtangga ni pun mau juga. Kenapa xda ehhh