Bantuan Kerajaan

Panduan Membuat Permohonan Skim Bantuan i-Suri Sebanyak RM480

 Terdahulu, Kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Suri KWSP di mana ianya untuk membantu para suri rumah turut mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka atau di masa tua mereka.


Melalui bantuan ini, pelbagai faedah yang akan di perolehi melalui skim i-Suri dari KWSP ini di mana ibu-ibu dapat menabung dan jugak dapat menikmati pelbagai dividen tahunan. Bukan itu sahaja, pelbagai faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-Suri KWSP akan tetapi semuanya bergantun kepada syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pihak KWSP.


MANFAAT BANTUAN I-SURI


Berikut adalah manfaat ataupun kadar bantuan keseluruhan melalui skim i-Suri KWSP ini :

  • Pembayaran sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat kelayakan
  • Pemohon yang layak bakal menerima Dividen Tahunan KWSP sama seperti pencarum yang lain
  • Bukan itu sahaja, melalui skin i-Suri ini, Bantuan Khairat Kematian pun ada di sediakan sebanyak RM2,500


SYARAT KELAYAKAN I-SURI KWSP


Sekiranya anda berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri ini, beberapa syarat kelayakan yan telah di tetapkan oleh pihak KWSP, antaranya adalah :

  • Waranegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih
  • Berumur bawah 60 tahun
  • Caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)
Nota : Suri rumah hanya boleh memilih salah satu insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya anda telah berdaftar denan insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlulah membatalkannya terlebih dahulu untuk sebelum membuat permohonan i-Suri KWSP.


BORANG PENDAFTARAN & LANGKAH MEMOHON


Sekiranya anda merupakan di antara individu yang berkelayakan untuk bantuan ini, permohonan dan pendaftaran ahli i-Suri KWSP boleh di lakukan di mana-mana kaunter KWSP yan berdekatan. Sila sertakan sekali dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan proses permohonan anda di lakukan :

Nota : Caruman ini akan melibatkan seramai 359,065 wanita yang telah berdaftar denan sistem e-Kasih dan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi menjayakan prorgram ini. 


CARUMAN

Bagi membolehkan dan melayakkan suri rumah untuk mendapat RM40 sebulan, caruman individu hendaklah di buat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum sebanyak RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Tiga kaedah boleh anda lakukan untuk membuat caruman iaitu :
  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang di lantik iaitu Maybank dan Public Bank.


SOALAN LAZIM 

Berapakah umur bagi permohonan ini?

Berumur di bawah 60 tahun.

Berapakah jumlah kadar bantuan ini?

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM480 

Melalui skim ini, siapakah yang boleh mencarum?
  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri (Isteri)

RujukanOnline

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button