Bayaran Tambahan RM500 Bagi Penerima BPR 2021

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah membuat satu Perutusan Khas bagi Bantuan PKP 3.0 di mana pihak Kerajaan akan membuat penambahbaikan melalui program PEMERKASA sebelum ini kepada PEMERKASA TAMBAHAN.

Perkara ini diumumkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) akan mula dilaksanakan bermula esok, 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.  

Terdapat 3 matlamat dalam menjayakan PEMERKASA TAMBAHAN kali ini iaitu :

  • Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Dalam pakej bantuan khas kali ini iaitu PEMERKASA TAMBAHAN, sebanyak RM40 bilion telah di peruntukkan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Covid-19 ini.
Untuk perkongsian kali ini, pihak kami akan berkongsi mengenai antara bantuan yang terkandung dalam pelaksanaan Bantuan PKP 3.0 iaitu Bayaran Tambahan Bagi Penerima BPR 2021.

BAYARAN TAMBAHAN PENERIMA BPR 2021

Menerusi perutusan khas yang telah diumumkan oleh PM kita sebentar tadi, bayaran tambahan penerima Bantuan Prihatin Rakyat akan dilaksanakan pada hujung Jun nanti. 

Berikut adalah maklumat mengenai bayaran tambahan tersebut : 
  • Isi rumah berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah
    – Bantuan tambahan RM 500

  • Isi rumah berpendapatan RM 2,501 – RM 4,000
    – Bantuan tambahan RM 300

  • Isi rumah berpendapatan RM 4,001 – RM 5,000
    – Bantuan tambahan RM 300

  • Bagi kategori Bujang pula tidak terkecuali di mana akan mendapat bantuan tambahan sebanyak 
    – Bantuan tambahan RM100

TARIKH BAYARAN TAMBAHAN BPR

Tarikh bayaran tambahan BPR ini akan mula dilaksanakan pada hujung Jun nanti. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pelaksanaan belum dimaklumkan lagi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya makluman mengenainya telah dipastikan.

Leave a Comment