SYARAT DAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM500


Ketika ini, negara kita tidak terkecuali dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai di antara kita yang terjejas ekonominya mahupun ada juga yang kehilangan pekerjaan.


Oleh itu, dalam menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat, Kerajaan sedia ada akan terus membantu dimana ianya tertumpu kepada golongan rentan, kurang upaya dan mereka yang telah kehilangan pekerjaan melalui pakej terbaru yang dikenali PEMERKASA.

Ikuti perkongsian yang akan pihak kami kongsikan untuk maklumat lanjut mengenai bantuan RM500 di bawah pakej PEMERKASA.


BANTUAN RM500 PEMERKASA

Melalui bantuan tambahan ini, ianya memperuntukkan sebanyak 1.2 bilion yang akan memanfaatkan seramai 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut :
  • RM500 – one off (bagi golongan B40 yang hilang pendapatan)
  • Bayaran tambahan RM500 (diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah)

GOLONGAN YANG LAYAK

Berikut adalah kelayakan bagi penerima yang layak menerima bantuan RM500 secara one-off iaitu :
  • Individu kehilangan kerja
  • Golongan rentan & kurang upaya
  • Penerima BPR pendapatan RM1,000 dan ke bawah
  • Berumur 21 hingga 60 tahun

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan tambahan dan one-off RM500 ini akan di bayar ke akaun penerima pada :
  • Bermula Jun 2021

CARA PERMOHONAN
Untuk makluman anda :
  • Bantuan RM500 ini tidak melibatkan proses pendaftaran untuk memohon
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP, PERKESO
  • Bayaran akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKSESO)
  • Untuk individu berstatus bankrap, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan.
  • Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka





2 thoughts on “SYARAT DAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM500”

Leave a Comment