Bantuan Kerajaan

PEMERKASA PLUS : GKP Tambahan Sebanyak RM500 Dan Tarikh Bayaran

Kerajaan kini terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) sekali lagi yang bermula hari ini, 1 Jun sehingga 14 Jun 2021. Pelaksanaan PKP kali ini bertujuan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang kini kian meningkat.

Semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu. Tindakan ini menyebabkan ramai peniaga terjejas pendapatannya kerana tidak dapat beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh “total lockdown”. 

Atas dasar prihatin Kerajaan sedia ada, PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan satu lagi pakej bantuan iaitu PEMERKASA TAMBAHAN.

Untuk perkongsian kali ini, pihak kami akan berkongsi mengenai antara bantuan yang terkandung dalam pelaksanaan Bantuan PKP 3.0 iaitu, GKP -Tambahan RM500 .Ikuti perkongsian menyeluruh dibawah.

GKP TAMBAHAN PEMERKASA+

Seperti yang telah diumumkan dalam pakej PEMERKASA PLUS, matlamat ketiga adalah untuk Menyokong Kelansungan Perniagaan. Bermakna, kerajaan akan terus membantu individu yang menjalankan perniagaan, khususnya PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka.

Oleh itu, sukacita diumumkan kada GKP akan ditambah sebanyak RM500. Maka, jumlah keseluhan adalah :
  • RM1,500
TARIKH BAYARAN BANTUAN GKP TAMBAHAN 

Terdapat dua fasa dalam pelaksanaan GKP Tambahan PEMERKASA+ ini iaitu :
  • Fasa Pertama (RM1,000)
    Pertengahan Jun 2021

  • Fasa Kedua (RM500)
    Julai 2021

Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pelaksanaan belum dimaklumkan lagi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya makluman mengenainya telah dipastikan.


RujukanOnline

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button