MAIWP – RM400 : PERMOHONAN BANTUAN PEMBELIAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN
Sesi Persekolahan Untuk Penggal 2021 akan bermula tidak lama lagi. Oleh itu, seramai 27,246 para pelajar daripada keluarga asnaf boleh melakukan pembelian tanpa sebarang bayaran untuk kelengkapan sekolah seperti barangan pakaian, dan peralatan sekolah bagi sesi 2021 nanti. Program ini telah bermula pada 23 Disember baru-baru ini.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memudahkan para keluarga asnaf untuk mendapatkan kelengkapan persekolah yang bermula pada tahun ini. Untuk memudahkan semua, semakan hanya perlu di lakukan di lama yang telah disediakan dan membuat tebusan di lokasi yang telah di tetapkan.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK BANTUAN INI
Beberapa syarat yang telah di tetapkan untuk menerima bantuan ini. Berikut adalah syarat-syarat nya:
- Menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja
- Telah berdaftar sebagai golongan asnaf dibawah MAIWP
- Terdapat anak yang masih bersekolah rendah atau menengah
- Sebanyak 46 buah pasaraya/kedai yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sila hadirkan diri ke mana-mana lokasi seperti di atas.
- Sila pilih barangan yang diperlukan berdasarkan keperluan yang telah dikeluarkan oleh pihak MAIWP mengikut kadar yang telah ditetapkan.
- Perkara yang paling penting adalah, ianya PERCUMA.
- Tarikh Penebusan : Mulai 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021
- Masa Penebusan : Mengikut waktu operasi kedai yang terpilih
- Untuk memudahkan anda,pilihlah lokasi penebusan yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
- Sila sertakan Mykad/Mykid/Surat Beranak atau Kad Asnaf yang di berikan(jika tiada mykad/mykid/surat beranak).
- Pelajar haruslah memilih barangan kelengkapan mengikut kategori dan kadar bantuan yang telah di tetapkan.
- Membuat penebusan atas barangan wajib dahulu sebelu, menebus barangan lain.
- Ibu bapa dan pelajar akan di pertanggungjawab kan sendiri sekiranya pembelian melebihi kadar bantuan yang telah di tetapkan.
- Kuala Lumpur : 011-62542728 / 011-592090946/011-63341373
- Labuan : 011-59496216
- Putrajaya : 013-8513066 / 08-7419594 / 08-7419716