STR 2024 ISI RUMAH : Jumlah Bayaran Sehingga RM2500

STR 2024 ISI RUMAH : Pada pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 nanti, kategori isi rumah akan menerima bayaran sehingga RM2500 sekiranya berkelayakan. Perkara ini telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lalu.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu waktu ini, kerajaan sentiasa mengambil pelbagai cara bagi membantu golongan yang terjejas. Maka oleh itu, bantuan tunai seperti ini harus diteruskan. Oleh itu, berikut adalah jumlah bayaran bagi kategori Isi Rumah bagi tahun hadapan.

STR 2024 ISI RUMAH

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.

TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran adalah sama seperti bantuan tunai sebelum ini, dimana ianya akan disalurkan secara berfasa. Fasa pertama mula dilaksanakan :

  • FEBRUARI 2024

SYARAT KELAYAKAN STR 2024 ISI RUMAH

Seperti kebiasaannya, bantuan tunai seperti ini akan menyasarkan hanya kepada rakyat Malaysia yang betul-betul memerlukan. Oleh itu, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan iaitu :

  • Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN STR 2024 ISI RUMAH

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh kategori Isi Rumah pada STR 2024 :

Pendapatan RM2500 Kebawah :

  • Tiada Anak : RM1000
  • 1 – 2 Anak : RM1500
  • 3 – 4 Anak : RM2000
  • 5 orang Keatas : RM2500
str 2024

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment