eMadani RM100 : Bantuan E-Wallet Boleh Ditebus Bermula Esok

eMadani RM100 : Tarikh rasmi bayaran kredit percuma RM100 telah diumumkan oleh Perdana Menteri dimana ianya boleh ditebus bermula esok iaitu 4 Disember. Untuk makluman, bantuan ini terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun keatas.

Bantuan E-Tunai Rahmah telah diberikan pada bulan Julai lalu kepada rakyat Malaysia yang layak. Mereka menerima bayaran kredit percuma sebanyak RM200 ke dalam akaun e-dompet mereka.

eMadani RM100

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan e-Tunai berjumlah RM100 akan mula disalurkan bermula 4 Disember. Bantuan ini akan dilaksanakan menerusi program eMadani.

Dianggarkan, seramai 10 juta penerima terdiri daripada rakyat Malaysia berumur 21 tahun keatas bakal menerima manfaat bantuan e-tunai ini.

TARIKH DAFTAR & TEBUS

Pendaftaran dan tarikh untuk menebus kredit eMadani bermula :

  • 4 DISEMBER 2023

SYARAT KELAYAKAN eMadani

Walaubagaimanapun, bantuan ini tertakluk dengan beberapa syarat kelayakan, antaranya :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas (1 Januari 2023)
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40
  • Penerima STR 2023

CARA TEBUS

Sebarang permohonan dan tuntutan boleh dilakukan bermula esok hari. Bagi anda yang ingin membuat penebusan eMadani ini, ianya boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi seperti dibawah :

  • Touch ‘N’ Go
  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay

Bantuan e-tunai tersebut boleh ditebus melalui aplikasi tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment