Rasmi : Pengguna Maybank Telah Terima Bayaran STR Fasa 4

Rasmi : Penerima STR Fasa 4 yang menggunakan bank Maybank kini telah menerima bayaran sebentar tadi. Hal ini telah dikongsikan oleh penerima bayaran yang telah dikreditkan ke akaunnya. Seperti yang anda tahu, bayaran telah bermula hari kelmarin lagi.

BAYARAN STR FASA 4

Bayaran STR Fasa 4 merupakan bayaran fasa akhir bagi tahun 2023 ini. Seramai 5.5 juta penerima yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima bayaran terakhir ini bermula November hadapan. Jumlah ini adalah termasuk penerima baharu yang diluluskan untuk rayuan STR 2023.

TARIKH BAYARAN

Untuk makluman anda semua, bayaran fasa akhir ini telah mula dikreditkan ke akaun masing-masing bermula :

  • 7 NOVEMBER 2023 (SELASA)

Bayaran ini akan disalurkan automatik ke akaun individu yang layak secara berperingkat.

BAYARAN TELAH MASUK KE AKAUN MAYBANK

Melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook, segelintir individu mendakwa bahawa bayaran telah dikreditkan ke akaun (MAYBANK) sebentar tadi. Berikut adalah skrinshot yang kami kongsikan :

bayaran str fasa 4

Sekiranya bayaran terakhir ini belum dikreditkan ke akaun anda, ianya akan disalurkan secara berperingkat.

SEMAKAN STR FASA 4

Semakan STR Fasa 4 boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
    • Nama Pemohon
    • No MyKad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan Kata Laluan
str fasa 4

KADAR BAYARAN

Kadar bayaran STR Fasa 4 adalah seperti berikut :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk tahu lebih lanjut mengenai pelbagai bantuan lain yang disediakan, sila SEMAK DISINI.

Leave a Comment