BINGKASBantuan Kerajaan

E-Dompet 2023 : Kredit Percuma RM300 Sebulan Untuk B40

E-Dompet 2023 : Kredit percuma RM300 sebulan akan diberikan kepada golongan B40 tahun ini. Bantuan e-wallet ini diberikan khas kepada rakyat negeri Selangor yang pendapatan bulanan mereka sebanyak RM3000.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

E-DOMPET 2023 (BINGKAS)

Bantuan Kehidupan Sejahtera atau BINGKAS ini telah memperuntukkan RM108 juta bakal memanfaatkan seramai 30,000 keluarga terdiri daripada keluarga B40 di negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor Y.A.B. DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI berkata bantuan ini bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

e-dompet 2023

MANFAAT E-DOMPET 2023 (BINGKAS)

Berikut adalah manfaat yang akan diterima sekiranya individu itu layak :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

SYARAT KELAYAKAN 

Rakyat negeri Selangor yang ingin mendapat bantuan ini, mereka mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

KAEDAH BAYARAN

Untuk makluman semua, bantuan ini bukanlah disalurkan secara wang tunai. Akan tetapi, setiap isi keluarga yang layak, mereka akan terima bayaran tersebut melalui kredit e-wallet.

CARA MOHON

Berikut adalah cara untuk mohon bantuan e-dompet Bingkas ini :

Beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
  • Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir anak/ tanggungan
  • Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Dokumen lain yang berkaitan

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan e-dompet 2023 ini, pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini. Untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button