eMadani RM100 : Syarat Kelayakan Penerima Layak Tebus Kredit Percuma

eMadani RM100 : Tarikh rasmi bayaran kredit percuma RM100 telah diumumkan oleh Perdana Menteri dimana ianya boleh ditebus bermula 4 Disember nanti. Untuk makluman, bantuan ini terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun keatas.

Sebelum ini, bantuan E-Tunai Rahmah telah dilaksanakan pada Julai lalu dimana rakyat Malaysia yang berkelayakan telah menerima bayaran kredit percuma bernilai RM200 ke dalam akaun e-dompet mereka.

eMadani RM100

Kerajaan telah bersetuju akan menyalurkan inisiatif tambahan khas kepada rakyat Malaysia pada tahun 2023 ini. Setiap individu yang layak, mereka akan menerima kredit tambahan berjumlah RM100 pada akhir tahun ini.

Dianggarkan, seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima manfaat bantuan e-tunai ini.

Mereka yang berkelayakan adalah berumur 21 tahun dan keatas (Dewasa) yang berada dalam golongan B40 dan M40. Kerajaan juga telah memaklumkan 4 jenis aplikasi perkhidmatan edompet yang akan terlibat untuk pilihan pengguna.

TARIKH DAFTAR & TEBUS

Pendaftaran dan tarikh untuk menebus kredit eMadani bermula :

  • 4 DISEMBER 2023

SYARAT KELAYAKAN eMadani

Seperti yang telah diumumkan, terdapat syarat tambahan. Berikut adalah syarat kelayannya :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas (1 Januari 2023)
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40
  • Penerima STR 2023

CARA TEBUS

Tiada sebarang permohonan yang diperlukan untuk menerima bantuan ini kerana ianya akan dikreditkan ke akaun e-wallet anda sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Ianya hanya boleh ditebus dengan cara memuat turun aplikasi e-wallet seperti dibawah :

  • Touch ‘N’ Go
  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay

Bantuan e-tunai tersebut boleh ditebus melalui aplikasi tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment