Cara Mohon Bantuan Warga Emas Sebanyak RM500 Sebulan

Terkini : Cara mohon bantuan Warga Emas sebanyak RM500 sebulan untuk rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun keatas. Sekiranya ibu bapa anda berkelayakan, anda di alu-alukan membuat permohonan bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Objektif utama Bantuan Warga Emas ini adalah untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi agar golongan ini dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan mencukupi.

Sekiranya individu tersebut merupakan rakayat warganegara Malaysia, mereka adalah layak untuk menerima bantuan tunai RM500 setiap bulan asalkan mereka memenuhu kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Nota : Syarat utama untuk menerima bantuan ini, warga emas tersebut haruslah berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

KADAR BANTUAN WARGA EMAS

Untuk makluman, kadar bayaran bantuan ini telah dinaikkan, Setiap kelayakan, penerima bakal menerima :

  • RM 500 sebulan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS

Setiap permohonan, individu tersebut hendaklah memiliki kriteria seperti dibawah :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga Emas yang Bukan tinggal di Institusi Kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas, permohonan boleh dilakukan melalui :

Untuk sebarang permohonan, anda boleh muat turun borang di pautan di bawah ini :

  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Sejak dari dulu lagi, kerajaan Malaysia sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Malaysia khususnya kepada golongan yang terjejas. Maka oleh itu, pelbagai bantuan seperti bantuan tunai telah diperkenalkan dan disalurkan tahun ini. Sekirany anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, boleh RUJUK DISINI.

Leave a Comment