Bantuan Suri Rumah RM480 2023 : Cara Mohon Online

BANTUAN SURI RUMAH RM480 2023 : Cara Mohon Online – Dalam kita menghadapi krisis ekonomi yang tidak menentu ini, kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu golongan yang terjejas. Maka oleh itu, pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam bentuk kewangan.

Suri rumah di Malaysia tidak tercuali bagi menerima bantuan kewangan yang disediakan. Sebagai penghargaan kepada golongan ini, kerajaan telah memperkenalkan skim i-Suri KWSP insentif tambahan RM480 khas untuk suri rumah. Berikut dikongsikan perincian mengenai bantuan ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SURI RUMAH

Untuk memohon Bantuan Suri Rumah RM480 ini, beberapa ketetapan kelayakan yang harus dipenuhi setiap pemohon, antaranya :

  • Warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR); atau
  • Wanita (KIR) Balu / Bercerai / Bujang.
  • Indivivu adalah merupakan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SURI RUMAH

Berikut adalah 3 kaedah bayaran bagi Bantuan Suri Rumah RM480 ini, iaitu :

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, BSN, dan RHB).
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (MBB dan PBB).

MANFAAT i-SURI KWSP

Berikut adalah manfaat yang akan diperolehi melalui program i-Suri KWSP :

  • Dapatkan insentif kerajaan minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP.
  • Manfaat Kematian RM2500.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SURI RUMAH

Pemohon yang layak, mereka akan menerima bantuan Suri Rumah RM480 atau Sumbangan i-Suri yang akan dikreditkan ke Akaun KWSP sebanyak dua kali setahun iaitu :

  • Januari hingga Jun
  • Julai hingga Disember.

SEMAKAN BANTUAN SURI RUMAH RM480

Bagi anda yang ingin membuat semakan bantuan suri rumah ini, ikuti langkah-langkah dibawah :

  1. Sila buat semakan di portal rasmi eKasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx.
  2. Masukkan Nombor kad pengenalan anda tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  3. Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  4. Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
  5. Selesai.

Info tambahan : Sekiranya nama anda tiada dalam data eKasih, sila hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) untuk pendaftaran kes kemiskinan .

CARA MOHON BANTUAN SURI RUMAH

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan tersenarai dalam data eKasih serta berdaftar sebagai ahli KWSP, anda perlu ke kaunter di mana-mana cawangan KWSP berdekatan seluruh Malaysia untuk kemukakan permohonan i-Suri KWSP (Sila bawa bersama dokumen seperti di bawah)

  • Mykad dan salinan Mykad.
  • Borang i-Suri – DOWNLOAD SINI! (Pendaftaran kali pertama sahaja).
  • Borang i-Suri –DOWNLOAD SINI! (semasa pembayaran).

Selepas mendaftar, anda hendaklah membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan bagi melayakkan menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda.

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Leave a Comment