Bantuan Kerajaan

BKK : Bantuan Khas Kewangan RM1000 Akan Dikreditkan Disember Nanti

BKK: Bantuan Khas Kewangan adalah sebuah program bantuan kewangan yang istimewa yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada individu yang memenuhi syarat pada bulan Disember 2023. Program ini akan memberikan kredit minimum sebanyak RM1,000 kepada individu yang layak.

Bantuan ini diharapkan dapat membantu individu dalam menghadapi keperluan kewangan mereka. Sila pastikan anda memenuhi syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan manfaat dari program ini.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Kerajaan persekutuan dan negeri telah melancarkan beberapa inisiatif tahun ini untuk membantu rakyat. Salah satu insentif yang diberikan ialah bantuan khas kewangan bagi negeri Selangor. Tujuan bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Selangor yang berada dalam keadaan yang begitu sukar.

Semasa pembentangan Bajet 2024 untuk negeri itu, Menteri Besar Selangor Datuk Amiruddin Shari mengumumkan insentif khas untuk rakyat Selangor. Beliau mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) sehingga sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 akan disalurkan kepada kakitangan awam.

bantuan khas kewangan

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN

Seperti yang diumumkan, sebanyak RM40.3 juta diperuntukkan bagi melaksanakan insentif tambahan khas untuk penjawat awam di negeri ini. Setiap individu yang berkenaan akan menerima bayaran :

  • RM1000

TARIKH BAYARAN

Untuk makluman, bayaran bagi bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat iaitu bermula :

  • 28 DISEMBER 2023 (satu bulan gaji)
  • FEBRUARI 2024 (setengah bulan gaji)

KAEDAH BAYARAN

Bayaran akan di salurkan secara automatik ke dalam akaun penerima yang berkelayakan bermula 25 DISEMBER 2023 dan bayaran kedua pula pada 24 Februari nanti.

BANTUAN KHAS LAIN

Untuk makluman anda semua, perlbagai lagi bantuan yang anda boleh dapatkan sekiranya anda adalah rakyat negeri Selangor. Antaranya adalah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS). Bantuan ini akan disalurkan secara bulanan sebanyak RM300 untuk B40.

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button