E-Tunai 2023 : Kredit Percuma Tambahan RM100 Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

E-Tunai 2023 : Kredit percuma tambahan sebanyak RM100 ini akan ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia dari kumpulan B40 dan M40.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan ianya hanya tertumpu kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan dibawah RM100,000.
Table of Contents
E-TUNAI 2023 RM100
Bantuan ini akan memanfaat lebih daripada 10 juta penerima yang terdiri daripada kumpulan B40 dan M40. Setiap individu yang layak, akan menerima bantuan e-tunai berjumlah RM100.
Bantuan kredit e-tunai ini diberikan kepada golongan dewasa setelah melihat kejayaan dan impak yang positif daripada daripada program e-tunai sebelum ini ke atas masyarakat.
KADAR BAYARAN E-TUNAI 2023
Sekiranya individu tersebut layak, mereka akan terima bayaran sebanyak :
- RM100
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah diumumkan, bayaran E-Tunai ini akan dilaksanakan pada suku ke-4 tahun 2023. Ini bermakna, bayaran tersebut akan disalurkan bermula :
- OKTOBER 2023 (Bulan Ini)
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi.
SYARAT KELAYAKAN
Setiap rakyat Malaysia yang ingin terima bayaran ini, mereka mestilah memenuhi kriteria di bawah ini :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
CARA MOHON
Bagi cara memohon pula, anda hanya perlu memuat turun aplikasi seperti dibawah :
- Touch ‘N’ Go
- Boost
- Setel
Sekiranya bantuan ini telah mula disalurkan, hanya anda perlu menebus bantuan tersebut melalui Aplikasi diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.
