E-Dompet : Kredit Percuma RM300 Sebulan Untuk Golongan B40

E-Dompet : Kredit percuma RM300 sebulan untuk golongan B40 adalah khas kepada rakyat negeri Selangor. Sekiranya anda diantara yang layak, permohonan bolehlah dikemukakan bermula hari ini.
Table of Contents
E-DOMPET : BINGKAS RM300
BINGKAS, atau lebih dikenali sebagai Bantuan Kehidupan sejahtera merupakan satu bantuan e-dompet yang disediakan khas untuk rakyat negeri Selangor. Dianggarkan seramai 30,000 keluarga B40 layak untuk menerima bantuan e-wallet RM300 sebulan ini.
Untuk makluman anda, bantuan BINGKAS ini telahpun dibuka. Sekiranya anda layak, anda secara automatik akan menerima bantuan e-dompet tersebut.
E-DOMPET : MANFAAT BINGKAS
Beberapa manfaat yang akan diterima oleh penerima yang layak melalui inisiatif BINGKAS :
- Had pembelian RM300
- Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).
PENERIMA BINGKAS RM300
Untuk makluman, bayaran RM300 BINGKAS ini bukanlah melalui wang tunai. Akan tetapi bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun E-Wallet anda seperti di bawah :

Ianya adalah bertujuan agar rakyat Malaysia terbiasa dengan membeli barang melalui pembayaran tanpa tunai.
Info : Kredit e-wallet RM300 sebulan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar. Jumlah ini secara automatik akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak.
SYARAT PERMOHONAN
Sebelum kemukakan sebarang permohonan, sila semak dahulu syarat kelayakan dibawah :
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
CARA MOHON
Sebarang permohonan, ianya boleh dilakukan melalui web rasmi BINGKAS iaitu : https://www.bingkasselangor.com/
Beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan adalah :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
- Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir anak/ tanggungan
- Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
- Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
- Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
- Dokumen lain yang berkaitan
MAKLUMAT LANJUT
Pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini. Untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI.