Bantuan Awal Persekolahan Berjumlah RM150 Kepada Setiap Murid

Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM150 akan dibayar kepada setiap murid/pelajar pada sesi persekolahan bagi tahun 2024 nanti.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 5,254,200 pelajar akan menerima bantuan one-off ini merangkumi seluruh sekolah yang ada di Malaysia. Berita ini sudah tentu membuat para penjaga murid tersebut dapat menarik nafas lega.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP 2024)

Bantuan Awal Persekolahan adalah bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu meringankan kewangan ibubapa yang berpendapatan rendah.

Pada kali ini, BAP 2024 ini akan memanfaatkan 5,254,200 murid yang memakan peruntukkan sebanyak RM788,130,000. Apa yang menariknya, ianya akan disalurkan kepada setiap murid tanpa melihat akan pendapatan tahunan setiap ibu bapa.

TARIKH BAYARAN BAP 2024

Seperti yang telah dimaklumkan, bantuan RM150 ini akan mula disalurkan kepada setiap murid bermula :

  • JANUARI 2024

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik bilakah ianya akan mula disalurkan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat info mengenainya.

Bantuan Awal Persekolahan

KADAR BAYARAN

Menerusi kenyataan media rasmi yang dibuat KPM, murid/pelajar yang berkelayakan akan terima bayaran sebanyak :

  • RM150 seorang

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan mudah ditetapkan bagi inisiatif ini. Antaranya :

  • Murid tersebut hendaklah Warganegara Malaysia.
  • Semua murid adalah layak menerima RM150 tanpa melihat had pendapatan ibu bapa mereka.

KAEDAH BAYARAN

Bagi kaedah bayarannya pula, ianya akan disalurkan melalui :

  • Melalui sekolah
  • Bayaran secara tunai
  • Kedalam akaun masing-masing

KPM percaya Bantuan Awal Persekolahan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya golongan atau individu yang terjejas dari segi ekonomi dan kesihatan. Pelbagai bantuan yang boleh anda manfaatkan. Untuk tahu bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment