E-Tunai 2023 : Kredit Percuma Tambahan RM100 Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Berita baik untuk rakyat Malaysia khususnya golongan yang berumur 21 tahun keatas, dimana setiap individu yang berkelayakan akan terima bantuan e-tunai berjumlah RM100 setiap seorang.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Kerajaan telah bersetuju akan memberikan bantuan kredit e-tunai kepada seluruh rakyat Malaysia dari golongan B40 dan M40.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

KREDIT E-TUNAI RM100

Bantuan kredit e-tunai ini diberikan kepada golongan dewasa setelah melihat kejayaan dan impak yang positif daripada daripada program e-tunai sebelum ini ke atas masyarakat.

Beliau berkata, bantuan ini akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta penerima merangkumi daripada golongan B40 dan juga M40.

KADAR BAYARAN

Setiap kelayakan penerima, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak :

  • RM100

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayaran bantuan e-tunai ini, kerajaan telah memaklumkan ianya akan dilaksanakan pada suku ke-4 tahun 2023. Ini bermakna, bayaran tersebut akan bermula Oktober nanti.

Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

CARA MOHON

Ketika ini, tiada makluman rasmi lagi mengenai sebarang permohonan bagi bantuan kredit e-tunai ini. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat maklumat rasmi mengenainya.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk disini :

3 thoughts on “E-Tunai 2023 : Kredit Percuma Tambahan RM100 Kepada Seluruh Rakyat Malaysia”

  1. Saya penama di atas,sebelum ini penerima BRIM,BKM,BPN dan BSH.pertanyaan saya,adakah saya layak menerima bantuan tersebut dari pihak kerajaan.saya harap kerajaan dapat lah memberi pertimbangan yang sewajarnya.kerana bukan hanya kegunaan untuk keperluan seharian,tapi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

    Reply
  2. Assalamualaikum/ Salam sejahtera. Bagaimana saya hendak memohon bantuan menggunakan handphone & boleh ke saya tuntut bantuan yang terlepas?

    Alasan=
    Tiada masa & tidak pandai untuk mohon menggunakan handphone.

    Reply

Leave a Comment