Bantuan Kewangan Tambahan RM600 One-Off Akan Dibayar Bulan Ogos Ini

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telahpun melalui 3 fasa bayaran. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM800.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 telah berlangsung dimana pelbagai inisiatif telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Didalam ucapannya, beliau telah mengumumkan bantuan bayaran tambahan sebanyak RM600 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARa). Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARa)

Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan, bayaran tambahan berjumlah RM600 akan diberikan melalui program Sumbangan Asas Rahmah.

Walaubagaimanpun, bantuan tambahan ini bukanlah dalam bentuk bantuan tunai, akan tetapi ianya adalah sebuah baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan.

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

  • Akan diberikan kepada setiap isi rumah STR termiskin yang berdaftar mengikut data e-kasih.

BAYARAN RM600 ONE-OFF

Seperti yang telah diumumkan, bayaran SARa ini akan dibayar secara berperingkat iaitu RM100 sebulan bagi tempoh selama 6 bulan.

Untuk makluman, bagi negeri WP Labuan, Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran tersebut dengan hanya sekali bayar sahaja. Bayaran ini sama seperti kaedah bayaran STR Fasa 3 iaitu pengekreditan melalui akaun bank ataupun tunai.

TARIKH BAYARAN

Pada minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa, bayaran STR Tambahan (SARa) ini akan disalurkan bermula :

  • 7 OGOS 2023

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

JUMLAH BAYARAN STR 2023

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :

Leave a Comment