Tarikh Bayaran STR Fasa 2 Mengikut Jenis Bank – Semak Sekarang!

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dilaksanakan bermula 17 Januari lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

Seperti yang telah dimaklumkan, bayaran STR bagi fasa kedua akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak bermula hari ini.

Untuk kali ini, pihak kami ingin kongsikan kepada anda tarikh bayaran mengikut jenis bank penerima STR Fasa 2. Ikuti perkongsian dibawah

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa. bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan bermula :

  • 5 APRIL 2023
Bayaran fasa kedua ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

TARIKH BAYARAN MENGIKUT JENIS BANK

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 ini akan dikreditkan secara berperingkat.

Berikut dikongsikan tarikh bayaran mengikut jenis bank penerima :

  • BSN : Bermula 4 April 2023
  • CIMB Bank : 5 April 2023
  • Bank Muamalat : 5 April 2023
  • Bank Islam : 5 April 2023
  • Bank Rakyat : 5 April 2023
  • Maybank : 5 April 2023
  • Lain-lain bank : 5 April 2023
Namun, terdapat penerima bank-bank lain yang telah terima bayaran lebih awal sebelum tarikh yang dinyatakan diatas seperti, Maybank, Bank Islam dan BSN.

BAYARAN STR FASA 2 TELAH DIKREDITKAN

Terkini, melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook, ramai mendakwa khususnya penerima yang layak telah menerima bayaran tersebut.

Berikut adalah bukti skrinshot mereka :

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :

Leave a Comment