E-Tunai Rahmah : Kredit E-Wallet Percuma RM200 Untuk B40 & M40

Mac lalu, Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.

Melalui pembentangan tersebut, pelbagai inisiatif seperti bantuan tunai telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu Menteri Kewangan.

Salah satu bantuan tunai yang terkandung dalam pembentangan tersebut adalah, Kerajaan bersetuju akan memberikan bantuan secara tunai menerusi program e-Tunai Belia Rahmah.

E-Tunai Belia Rahmah

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.

Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.

Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

SYARAT KELAYAKAN

Ketika ini, tiada makluman rasmi mengenai syarat kelayakan. Namun, jika ianya akan merujuk kepada bantuan ePemula 2022 sebelum ini, berikut adalah syarat kelayakannya :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
  • Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

TARIKH PERMOHONAN

Tiada makluman rasmi mengenainya lagi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat makluman rasmi dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah :

 

Leave a Comment