Terkini : Bantuan Tunai Berjumlah RM350 Sebulan Untuk B40

 

Demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya mereka yang terjejas, Kerajaan sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan.

Di tahun 2023 ini, pasti banyak lagi bantuan yang akan dilaksanakan khusus buat mereka yang tidak berkemampuan.

BAP atau dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan merupakan sebuah bantuan tunai RM100 – RM350 secara bulanan dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Terdapat 9 jenis bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan. 
Ramai rakyat yang kurang tahu mengenai bantuan tersebut. Hal ini kerana ia jarang dihebah-hebahkan kepada masyarakat.

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat serta isi rumah yang layak melalui tapisan kelayakan.

KADAR BANTUAN

Kadar pemberian Bantuan Am Persekutuan ini adalah minimum RM 100 seorang dan maksimum RM 350 untuk satu isi rumah.

Pembayaran akan dilaksanakan setiap bulan.

TUJUAN BANTUAN

Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain. 

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara untuk memohon :
  • Sila layari laman web JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my atau muat turun borang permohonan.
  • Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  • Daftar permohonan mengikut negeri.
  • Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan.

DOKUMEN PERMOHONAN

Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan :

SEMAKAN PERMOHONAN

Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

Leave a Comment