Bayaran Tambahan Berjumlah RM200 Untuk Bujang B40 & M40
Pada Jumaat baru-baru ini, Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.
Melalui pembentangan tersebut, pelbagai inisiatif seperti bantuan tunai telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu Menteri Kewangan.
Salah satu bantuan tunai yang terkandung dalam pembentangan tersebut adalah, Kerajaan bersetuju akan memberikan bantuan tambahan untuk belia bujang RM200 secara tunai menerusi program e-Tunai Belia Rahmah.
Table of Contents
E-Tunai Belia Rahmah
Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.
Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.
Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).
JUMLAH BAYARAN
Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :
- RM200
SYARAT KELAYAKAN
- Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.
- Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
- Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).