Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 : Kemaskini Maklumat Sebelum 31 Mac 2023
Januari lalu, bayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah telah selesai dikreditkan kepada setiap penerima yang berkelayakan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Terbaru, kerajaan meminta agar rakyat Malaysia membuat kemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum 31 Mac ini.
Table of Contents
KEMASKINI MAKLUMAT STR SEBELUM 31 MAC 2023
Kota Bharu : Orang ramai diminta mengemas kini maklumat peribadi untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua yang akan mula diagihkan sebelum Aidilfitri.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, proses kemas kini serta pendaftaran baharu sudah dibuka sejak 1 Mac lalu dan akan berakhir penghujung bulan ini.
“Untuk STR fasa kedua, pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri dan kita mohon agar pemohon mengemas kini data terkini mereka kerana mungkin ada perubahan dari beberapa perkara.
“Fasa pertama sudah selesai diproses secara berperingkat pada 17 Januari lalu membabitkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan bernilai RM1.67 bilion.
Sumber : harianmetro
CARA KEMASKINI
TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Terbaru, menerusi portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah telah memaklumkan bahawa, bayaran fasa 2 akan dilaksanakan pada :
- APRIL 2023
SYARAT KELAYAKAN STR 2023
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.