Kategori Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan RM600
Februari lalu, pembentangan Belanjawan 2023 telah berlangsung dimana pelbagai inisiatif telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seperti yang anda tahu, program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah telah diperkenalkan tahun ini. Bayaran fasa pertama telahpun dikreditkan pada Januari lalu.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan penerima yang layak menerima STR Tambahan berjumlah RM600. Berikut dikongsikan tarikh bayaran STR Tambahan ini.
Table of Contents
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (BTR)
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.
STR TAMBAHAN RM600
Berikut adalah kategori penerima yang layak :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
KAEDAH BAYARAN
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.
TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN
- JULAI – RM100
- OGOS – RM100
- SEPTEMBER – RM100
- OKTOBER – RM100
- NOVEMBER – RM100
- DISEMBER – RM100