Terkini : Bayaran Fasa Kedua Sebanyak RM300 Dikreditkan Bulan Februari Ini

Tahukah anda selain pelaksanaan STR yang telah diberikan pada bulan lalu, kerajaan juga telah mengumumkan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh juga akan bakal dilaksanakan awal tahun ini.

Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran sehingga RM800. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta bagi manfaat sejumlah 12,138 peneroka tanaman getah di seluruh negara, akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata bayaran sebanyak RM800 akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank peneroka berkenaan, membabitkan masing-masing RM300 dalam Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) serta baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

KADAR BAYARAN BMT FASA 2

Anda sedia maklum bahawa, pelaksanaan bantuan BMT ini akan melalui kita fasa bayaran. Bagi fasa kedua ini pula, penerima yang layak akan terima sebanyak :

  • RM300

TARIKH BAYARAN BMT FASA 2

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran BMT fasa kedua akan dikreditkan ke akaun penerima pada :

  • FEBRUARI 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi. Pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekirany ada info mengenainya.

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :

CARA PERMOHONAN BANTUAN

Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.

Berikut adalah senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

1)    Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

2)    Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu :

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.

Leave a Comment