bajet 2023Bantuan Kerajaan

E-Pemula 2023 : Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet RM200 Untuk B40 & M40

Pelbagai inisiatif telah diumumkan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat Malaysia pada tahun hadapan ketika pembentangan Bajet 2023 bulan lalu.

Apa yang menarik e-Pemula pada tahun ini, ianya menawarkan tambahan pada kadar bantuan iaitu sebanyak RM200 berbanding dengan sebelum ini hanya RM150 sahaja.

Bukan itu sahaja, pelaksanaan e-Pemula ini telah diperluas agihannya dimana belia (M40) pun turut akan menerima manfaatnya dimana mereka akan menerima bantuan e-wallet sebanyak RM100.

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lebih lanjut mengenainya. 

E-PEMULA 2023

Atas dasar keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Pemula akan diteruskan pada tahun ini.

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 2 juta belia dan 8 juta kumpulan M40.

Untuk makluman anda, kadar bayaran e-Pemula pada tahun hadapan akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.

KADAR BANTUAN BAHARU E-PEMULA 2023

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada 2 golongan dimana, setiap golongan akan menerima bantuan pada kadar berikut :

  • e-Pemula Bujang : RM200
  • e-Pemula M40 : RM100

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-PEMULA 2023

Berikut adalah syarat kelayakan bagi 2 golongan yang akan terima inisiatif e-Pemula 2023 :

e-Pemula Belia

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
  • Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas

e-Pemula M40

  • Kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000
Pihak kami akan kemas kini maklumat lanjut mengenai inisiatif e-Pemula bantuan kredit e-dompet ini sekiranya ada makluman terbaru mengenainya.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button