Bantuan KerajaanJKM
BKK 2023 : Bantuan Kewangan RM200 – RM1000 Akan Diberikan Tahun Ini – Semak Sekarang!
Khas untuk kanak-kanak di Malaysia yang berkelayakan. Ibu bapa yang mempunyai anak jagaan ketika ini, anda di alu-alukan untuk memohon bantuan kewangan khas untuk kanak-kanak di Malaysia.
Untuk makluman anda semua, sekiranya kanak-kanak tersebut layak, mereka akan menerima bantuan kewangan minimum RM200 sehingga RM1000 sekeluarga.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
TUJUAN UTAMA BKK
Tujuan utama Bantuan Kanak-Kanak ini adalah untuk :
- Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pengikut peringkatnya.
- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kadan-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
JUMLAH BAYARAN BKK 2023
Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan Kanak-Kanak yang akan diberikan :
- Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
- RM200 seorang anak berumur 6 tahun & ke bawah
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
- Kadar bantuan maksimum RM1000 / keluarga sebulan
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan bantuan ini
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
- Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Nota : Setiap permohonan akan di kaji mengikut kelayakan pemohon, bertujuan agar bantuan ini di salurkan kepada pemohon yang benar-benar memerlukan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :
- Secara Atas Talian
- Secara Manual
Langkah 1 (Atas Talian)
- Sila ke portal rami JKM iaitu :
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp - Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
- Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
- Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
- Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah isi bagi memastikan tiada kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”
Langkah 2 (Manual – Pejabat JKM)
- Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
- Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon.
- Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
- BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
- BORANG KEMASKINI MAKLUMAT
Senarai Pejabat JKM Negeri dan Cawangannya, sila rujuk di sini :
DOKUMEN PENTING YANG PERLU DI SEDIAKAN
Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
- Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
- Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
- Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda bolehlah terus berhubung dengan Pejabat JKM Negeri atau Ibu Pejabat atau boleh ke laman rasmi https://www.jkm.gov.my/