STR 2023

Terkini : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 – Semak Sekarang!

Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 akan diteruskan.

Baru-baru ini, beliau telah membuat kenyataan dimana BKM/BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Anda sedia maklum, bermula hari ini bayaran STR Fasa 1 kini telah mula dilaksanakan bagi individu yang layak. Namun, bagaimana pula dengan STR Fasa 2?

Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ketika ini, bayaran STR Fasa 1 masih lagi berjalan kepada penerima yang layak dimana ianya bermula 17 Januari lalu.

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Mesti anda ternanti-nanti pengumuman tarikh bayaran STR Fasa 2. Namun, buat masa sekarang perkara tersebut terlalu awal untuk diumumkan kerana bayaran Fasa 1 baru sahaja dikreditkan dan belum semua penerima telah menerima bantuan tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022, pembayaran BKM Fasa 1 dibayar pada bulan Mac manakala Fasa 2 pada bulan Jun.

Bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023, bayaran Fasa 1 adalah bulan Januari. Jika jadual bayaran adalah sama seperti BKM 2022 iaitu setiap 3 bulan, ini bermakna pembayaran STR Fasa 2 adalah bulan April. Tetapi, ini hanyalah sekadar jangkaan pihak kami.

Tarikh rasmi bakal diumumkan oleh Perdana Menteri dalam beberapa bulan mendatang.

KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Buat masa sekarang, setiap penerima STR Fasa 1 adalah berdasarkan data BKM 2022. Dijangkakan dalam masa terdekat, permohonan baharu bakal dibuka bagi rakyat yang tidak pernah menerima apa-apa bantuan sebelum ini.

UNTUK INFO MENGENAI LAIN-LAIN BANTUAN, BOLEH JOIN CHANNEL TELEGRAM KAMI

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button