Terkini : Bantuan RM200 Seorang Untuk Anak Yang Masih Bersekolah – Semak Sekarang!

Dalam usaha membantu khususnya buat mereka yang terjejas dan memerlukan, sudah tentu pelbagai jenis bantuan diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

Kanak-kanak di negara ini sentiasa akan mendapat perhatian khasnya dalam pendidikan. Pelbagai bantuan dan sumbangan diberikan untuk mereka agar dapat belajar dengan selesa dan serba mencukupi.

Terbaru, Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan iaitu Sumbangan Pendidikan Zakat Kanak-Kanak Rendah & Menengah Selangor (ZPZAS Ren & Men).

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lebih lanjut.

SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT KANAK-KANAK

SPZAS Sek. Ren & Men merupakan bantuan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu golongan pertengahan (B40 & M40) yang memenuhi syarat kelayakan. Ia bertujuan meringankan beban kos pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah pada tahun 2022.

KADAR BANTUAN

Berikut adalah kadar sumbangan SPZAS Sek. Ren & Men:

  • Pra sekolah / Tadika- RM200.00 (per tanggungan)
  • Sekolah Rendah Kebangsaan – RM200.00 (per tanggungan)
  • Sekolah Rendah Agama – RM200.00 (per tanggungan)
  • Sekolah Menengah – RM200.00 (per tanggungan)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
  • Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika (5 & 6 tahun) hingga tingkatan 5 (sesi persekolahan 2022 sahaja)
  • Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Terdapat enam (6) dokumen yang wajib dimuat naik (upload) oleh pemohon sewaktu permohonan dibuat. Dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Kad pengenalan ketua keluarga
  • Kad pengenalan pasangan
  • *Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga)
  • *Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS)
  • Penyata akaun bank ketua keluarga
  • Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan)

*Pengesahan pendapatan atau slip gaji hendaklah terkini dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ini. *Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun (download) di https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Sila layari portal https://spzasrm.zakatselangor.com.my melalui laman web LZS di www.zakatselangor.com.my serta ikuti langkah-langkah permohonan. Atau mengimbas QR Code yang tertera. Pemohon juga tidak perlu menghantar sebarang dokumen fizikal ke LZS.

Leave a Comment