Kerajaan Negeri Umum Bantuan Khas RM1000 Pada Awal Januari 2023 Nanti – Semak Sekarang!

Alhamdulillah, rezeki kepada 20,271 penjawat awam negeri Sabah.
Kelmarin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan, Kerajaan negeri bersetuju akan memberikan bantuan khas sebanyak setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1000 seorang.

Bantuan khas ini diberikan sebagai tanda kerajaan negeri Sabah sentiasa prihatin dan mengambil berai tentang kebajikan penawat awam di negeri itu.

Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.

JUMLAH BAYARAN

Penjawat awam yang layak, mereka akan menerima bantuan khas ini sebanyak :

  • Setengah bulan gaji (minimum RM1000)

TARIKH BAYARAN

Ketua Menteri Sabah memberitahu bahawa, bayaran bagi Bantuan Khas ini akan diberikan pada :
  • BULAN JANUARI 2023

BANTUAN LAIN

Ketika beliau membentangkan Belanjawan negeri Sabah, terdapat bantuan lain yang bakal disalurkan antaranya :
  • Bantuan Khas sebanyak RM500 untuk sambutan Aidilfitri (April 2023)
  • Bantuan Khas sebanyak RM500 untuk sambutan Pesta Kaamatan (April 2023)
  • Peruntukan sebanyak RM12.83 juta untuk semua kementerian dan jabatan Program Pembangunan Sumber Manusia
  • Peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi pembiayaan biasiswa dan kos latihan pegawai kerajaan di dalam dan luar negeri.
“Kecekapan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak berbelah bahagi amat dihargai.

“Justeru itu, di dalam Belanjawan 2023, kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000 kepada seramai 20,271 orang penjawat awam negeri dan akan dibayar pada bulan Januari 2023.

“Bayaran Bantuan Khas ini diharap akan dapat meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

“Selain daripada itu, Bantuan Khas sebanyak RM500 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan juga akan diberikan dan dibayar pada bulan April 2023,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Sabah di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) di sini, hari ini.

Leave a Comment