Pengeluaran Khas KWSP Bersasar Akan Dilaksanakan Sekiranya Perkara Ini Berlaku – Semak Sekarang!

Ketika ini, rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP masih berharap agar pelaksanaan bagi kebenaran Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan.  

Pelbagai langkah sebagai sokongan agar perkara ini dapat dibenarkan oleh pihak kerajaan. 

Apa yang menarik perhatian ketika ini, pelaksanaan Pengeluaran KWSP Bersasar akan dilaksanakan setelah Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15).

Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsian dibawah.

PELAKSANAAN KWSP BERSASAR AKAN DI NILAI

Terbaru, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu ketika membentangkan Manifesto Perikatan Nasional, mereka bersedia akan melaksanakan penilaian semula ke atas pengeluaran Khas KWSP Bersasar sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan pada PRU-15 nanti. 

Beliau berkata, bagi pelaksanaan (pengeluaran KWSP) ini secara bersasar, mereka perlu melihat jumlah simpanan (pencarum) terlebih dahulu sebelum setuju membenarkan pengeluaran tersebut dibuat.

Ini kerana pengeluaran tidak boleh dibuat sekiranya tiada simpanan (dalam KWSP)” katanya pada sesi ‘townhall’ Majlis Pelancaran Tawaran TERBAIK PN di sini malam ini.

SIGN PETISYEN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0 TANDA SOKONGAN

Julai lalu, satu petisyen sebagai tanda sokongan terhadap Pengeluaran Khas KWSP 2.0 telah dilancarkan. 

Setakat ini, seramai 115,283 orang telah menandatangani petisyen tersebut. Kempen ini dilancarkan oleh rakyat yang juga ahli KWSP tanpa penglibatan dari mana-mana pihak politik.

Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Sekiranya anda bersetuju dengan gerakan tuntutan pengeluaran Khas KWSP 2.0 yang dilancarkan ini, anda boleh klik pautan dibawah sebagai tanda sokongan anda.

PETISYEN TUNTUT PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

HASHTAG KWSP BERSASAR

Selain pelancaran petisyen tersebut, terdapat satu lagi usaha dalam mendesak pihak kerajaan dapat membenarkan pengeluaran khas KWSP ini.

Salah satu pertubuhan iaitu Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat telah melancarkan kempen #KWSPbersasar. Sokongan-sokongan daripada pencarum KWSP amat diperlukan agar mereka meletakkan #KWSPbersasar tersebut di status media sosial seperti Facebook, Tweeter, Instagram dan lain-lain lagi.

Ianya adalah bertujuan agar pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri dapat dipercepatkan bagi membincangkan kebenaran Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan. 

Leave a Comment