BKM 2023 : Terdapat Kategori Tambahan Pada Tahun Hadapan – Semak Sekarang!
Oktober lalu telah berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2023. Dengan jumlah sebanyak RM372.3 bilion yang telah diperuntukkan, sudah tentu pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan pada tahun 2023.
Seperti selalunya ketika pembentangan Bajet, bantuan tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia sudah pasti akan diteruskan bahkan pada tahun 2023 nanti, jumlah bayaran telah dinaikkan sehingga RM3000 berbanding tahun 2022 RM2500.
Untuk makluman, pelaksanaan BKM 2023 tahun hadapan akan ditambahbaik dimana terdapat kategori tambahan. Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.
Table of Contents
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2023 (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun hadapan. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul ketika mengulas pembentangan Bajet 2023.
Beliau berkata, BKM 2023 pada tahun hadapan adalah bantuan yang tertinggi sejak ianya dilaksanakan. Di mana, individu yang berkelayakan akan menerima bayaran maksimum RM2,500.
Dalam pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia 2023 nanti, sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan dan akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.
JUMLAH BAYARAN BKM 2023 DI NAIKKAN
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bayaran BKM 2023 nanti :
1) Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 (1-4 anak)
- RM1,000 – RM2,000
2) Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (bergantung kepada bilangan anak)
- 1 – 4 orang anak – RM500 – RM1,250
KATEGORI TAMBAHAN BKM 2023
1) Isi rumah pendapatan kurang RM2,500
- Lebih 5 orang anak – RM2,500
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600 / RM350 (Bergantung pendapatan)
PERMOHONAN DAN KEMASKINI
Seperti kebiasaannya, permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan pada awal tahun hadapan.
Ketika ini ianya masih belum boleh dilakukan kerana BKM 2022 masih ada satu fasa bayaran lagi iaitu fasa keempat yang akan dilaksanakan pada Disember 2022 nanti.
Walaubagaimanapun, setiap permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan di pautan berikut :