Kredit E-Wallet Percuma RM100 & RM200 Untuk Rakyat Malaysia – Semak Kelayakan!

Pelbagai inisiatif telah diumumkan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat Malaysia pada tahun hadapan ketika pembentangan Bajet 2023 bulan lalu.

Apa yang menarik e-Pemula pada tahun hadapan, ianya menawarkan tambahan pada kadar bantuan iaitu sebanyak RM200 berbanding dengan sebelum ini hanya RM150 sahaja.

Bukan itu sahaja, pelaksanaan e-Pemula ini telah diperluas agihannya dimana belia (M40) pun turut akan menerima manfaatnya dimana mereka akan menerima bantuan e-wallet sebanyak RM100.

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lebih lanjut mengenainya. 

E-PEMULA 2023

Atas dasar keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Pemula bagi tahun 2023 diteruskan lagi.

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 2 juta belia dan 8 juta kumpulan M40.

Untuk makluman anda, kadar bayaran e-Pemula pada tahun hadapan akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.

KADAR BANTUAN BAHARU E-PEMULA 2023

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada 2 golongan dimana, setiap golongan akan menerima bantuan pada kadar berikut :

  • e-Pemula Bujang : RM200
  • e-Pemula M40 : RM200

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-PEMULA 2023

Berikut adalah syarat kelayakan bagi 2 golongan yang akan terima inisiatif e-Pemula 2023 :

e-Pemula Belia

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
  • Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas

e-Pemula M40

  • Kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000
Pihak kami akan kemas kini maklumat lanjut mengenai inisiatif e-Pemula bantuan kredit e-dompet ini sekiranya ada makluman terbaru mengenainya.

1 thought on “Kredit E-Wallet Percuma RM100 & RM200 Untuk Rakyat Malaysia – Semak Kelayakan!”

  1. Saya tidak boleh menggunakan e-wallet sebelum ini.
    Sudah cuba berulang2 kali….
    Kenapa?
    Dan apa yg amat merunsingkan saya apabila ada no pendaftaran telefon yg menggunakan kpt saya sebagai no pendaftran angka mereka.
    Internet pra bayar-auto creadit,simcard penggunaan,yg menyedihkan krompomi paksaan dan (curi system dan profil) produk.simcard pakai buang yg diamalkan/daftar dan boleh menggunakan no yg sama.pada satu2 masa.
    -menyedihkan-
    Tiada anggaran(report)

    Reply

Leave a Comment