BKM 2023 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran Berjumlah RM3000 Tahun Hadapan – Semak Sekarang!

Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia bagi Fasa 4 akan dilaksanakan pada Disember nanti.

Oktober lalu telah berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2023. Dengan jumlah sebanyak RM372.3 bilion yang telah diperuntukkan, sudah tentu pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan pada tahun 2023.

Seperti selalunya ketika pembentangan Bajet, bantuan tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia sudah pasti akan diteruskan bahkan padqa tahun 2023 nanti, jumlah bayaran telah dinaikkan sehingga RM3000 berbanding tahun 2022 RM2500.

Untuk itu, perkongsian kali ini kami ingin kongsikan kepada anda maklumat mengenai BKM 2023.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2023 (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun hadapan. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul ketika mengulas pembentangan Bajet 2023.

Beliau berkata, BKM 2023 pada tahun hadapan adalah bantuan yang tertinggi sejak ianya dilaksanakan. Di mana, individu yang berkelayakan akan menerima bayaran maksimum RM2,500.

Dalam pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia 2023 nanti, sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan dan akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

JUMLAH BAYARAN BKM 2023 DI NAIKKAN

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bayaran BKM 2023 nanti :

1)    Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 (1-4 anak)

  • RM1,000 – RM2,000

2)    Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (bergantung kepada bilangan anak)

  • 1 – 4 orang anak – RM500 – RM1,250

KATEGORI PENERIMA MAKSIMUM RM3,000

 Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 :

  • 1-4 orang anak – RM1,000 – RM2,000
  • Lebih 5 orang anak – RM3,000

Bantuan Tambahan RM500 kepada ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding tahun 2022 RM2,500.

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM600 / RM350 (Bergantung pendapatan)

PERMOHONAN DAN KEMASKINI

Seperti kebiasaannya, permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan pada awal tahun hadapan. 

Ketika ini ianya masih belum boleh dilakukan kerana BKM 2022 masih ada satu fasa bayaran lagi iaitu fasa keempat yang akan dilaksanakan pada Disember 2022 nanti.

Walaubagaimanapun, setiap permohonan baharu dan kemaskini maklumat boleh dilakukan di pautan berikut :

2 thoughts on “BKM 2023 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran Berjumlah RM3000 Tahun Hadapan – Semak Sekarang!”

Leave a Comment