BKM FASA 4 : Penerima Tiada Akaun Bank Boleh Menebus Bayaran Bermula Esok Di Kaunter BSN
Anda sedia maklum bahawa bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 (BKM) akan mula dilaksanakan pada hari esok iaitu 15 November 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa, pelaksanaan bayaran BKM Fasa 4 terpaksa diawalkan sebagai persediaan bakal penerima yang terlibat bagi menghadapi Monsun Timur Laut.
Untuk makluman anda, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memaklumkan, bagi penerima yang TIDAK MEMPUNYAI AKAUN BANK, bayaran BKM anda boleh di tebus secara tunai di kaunter BSN bermula hari esok juga.
Table of Contents
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA FASA 4
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Pelaksanaan BKM Fasa 4 ini, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.
TARIKH RASMI BAYARAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa, pelaksanaan bayaran BKM fasa 4 dan diawalkan bermula :
- 15 NOVEMBER 2022
PENERIMA TIADA AKAUN BANK
CARA TEBUS TUNAI
- Membawa Kad Pengenalan anda sebagai pengesahan bagi rujukan pihak BSN.
KADAR BAYARAN BKM FASA 4
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- Tiada Anak – RM 300
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada Anak – RM 100
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
- Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM900
- Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 300
- Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
- TIADA BAYARAN
- Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)
- RM 150
SEMAKAN BKM FASA 4
Semakan status kelayakan boleh dibuat bermula 20 September 2022 nanti. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- https://bkm.hasil.gov.my/
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik semakan Status
- Paparan kelayakan akan dipaparkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran