Bantuan KerajaanBKM

BKM Fasa 4 : Bayaran RM900 Akan Dikreditkan Kepada Kategori Ini Bermula Esok – Semak Sekarang!

Anda sedia maklum bahawa bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 (BKM) akan mula dilaksanakan pada hari esok iaitu 15 November 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa, pelaksanaan bayaran BKM Fasa 4 terpaksa diawalkan sebagai persediaan bakal penerima yang terlibat bagi menghadapi Monsun Timur Laut.

Bayaran bermula RM100 sehingga RM900 akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak. Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda kategori manakah yang akan mendapat bayaran maksimum RM900, nak tahu? Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA FASA 4

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Pelaksanaan BKM Fasa 4 ini, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.

KATEGORI TERIMA BAYARAN RM900

Berikut adalah kategori yang bakal terima bayaran sehingga RM900 pada BKM Fasa 4 nanti :



JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • TIADA BAYARAN
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran fasa ke-4 akan dilaksanakan pada Disember 2022 nanti. 

Namun, ianya telah diawalkan daripada jadual asal iaitu bermula :

  • 15 NOVEMBER 2022 (ESOK)

SEMAKAN BKM FASA 4

Semakan BKM Fasa 4 boleh dibuat apabila ianya mula dilaksanakan. Berikut adalah cara untuk buat semakan :
  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, sila ke web rasmi BKM iaitu https://bkm.hasil.gov.my/

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button