Terkini : Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 Untuk Golongan B40 Kini Dibuka
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pelbagai inisiatif dan bantuan disediakan untuk rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan yang terjejas.
Sehingga ke hari ini, bantuan sentiasa berjalan tanpa henti dan terbaru bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 telah dilaksanakan.
Terbaru, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dimana program bantuan ini mensasarkan kepada golongan yang ingin membina rumah atau membaik pulih rumah sedia ada
Untuk info lengkap, ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
OBJEKTIF PPRT
PPRT adalah singkatan kepada Program Perumahan Rakyat Termiskin. Objektif utama program ini adalah untuk :
- Meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah ;
- Menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asa pertumbuhan sesebuah keluarga.
KRITERIA KELAYAKAN
- Warga Emas
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
SKOP BANTUAN PPRT
Bina Baharu
- Belum mempunyai rumah
- Rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selama diduduki, dan tidak ekonomik untuk dibaiki
Baik Pulih
- Penyelanggaraan
- Penambahbaikan
- Requisition
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
CARA MOHON PPRT
Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila ke web rasmi berikut :
- Pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
- Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : [email protected]