Terkini : Pengeluaran Khas KWSP Telah Di Benarkan Untuk 4 Kategori Ini

Berita baik untuk pencarum KWSP dimana pihak kerajaan akhirnya bersetuju akan pertimbangkan pengeluaran Khas KWSP 2.0 dalam masa terdekat.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Kewangan II, YB Tuan Mohd Shadar Bin Abdullah ketika berucap di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.

Namun, ingin di ingatkan kepada anda, sekiranya pengeluaran khas tersebut tidak dapat diluluskan, anda masih boleh lagi membuat pengeluaran atas tujuan tertentu.

JOIN CHANNEL TELEGRAM
TELEGRAM RUJUKAN MALAYSIA

SKIM PENGELUARAN KWSP AKAUN 2

Melalui perkongsian yang dibuat oleh pencarum KWSP, pihak KWSP ada membuat kenyataan mengenai pengeluaran Khas KWSP 2.0.

Buat masa ini, tiada sambutan / lanjutan untuk pengeluaran Khas 10k. Akan tetapi, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka tertakluk melalui Skim Pengeluaran KWSP.

SENARAI SIMPANAN PENGELUARAN KWSP AKUN 2

Berikut adalah senarai bagi sebarang pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 2 :

  1. Pembayaran Ibadah Haji
    Untuk yang menjadi para bakal haji , anda boleh keluarkan wang simpanan akaun 2 bagi mengurangkan bebanan kos. Pengeluaran ini adalah menerusi permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji

  2. Pembayaran Rawatan Perubatan
    Jika anda menghidapi 36 penyakit kritikal , anda boleh membuat pengeluaran wang akaun simpanan 2 untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan.
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembayaran Rawatan Perubatan

  3. Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
    Jika anda berazam untuk memiliki sebuah rumah idaman , pihak KWSP akan memberikan kemudahan kepada pencarum agar dapat membantu mereka untuk memiliki rumah pertama menerusi :

    1. Rumah subsale
    2. Pembinaan rumah sendiri
    3. Pembelian rumah lelong
    4. Pembelian rumah mesra rakyat

    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembelian Rumah

  4. Pengeluaran Untuk Pendidikan
    Jika anda mempunyai anak yang masih belajar di universiti ataupun kolej , anda akan menampung pembayaran mereka dengan menggunakan akaun simpanan 2 KWSP (jika ada) PTPTN yang tidak mencukupi dan lain – lain.
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pendidikan

4 thoughts on “Terkini : Pengeluaran Khas KWSP Telah Di Benarkan Untuk 4 Kategori Ini”

  1. duit sendiri pun susah keluarkan.. bukan duit kerajaan pun.. duit kami sendiri.. pls gentlement la govt!! kalau u all nk bantu rakyat bukan mcm ni cara nya.. sepatutnya u all kerja utk rakyat.. sbb rakyat yg pilih u.. better negara luar dr negara sendiri dlm segi kebajikan utk rakyat . shameless ada govt mcm ni.. duit simpanan rakyat pun u all nk handle siap bg syarat bagai . kami yg bekerja cari duit tu sendiri bukan u all la.. pikir la sikit..sedih tgk sistem mcm ni!!!

    Reply
  2. Entah lah tak tahu nak cakap apa dah,harap kan bantuan kerajaan macam tak membantu langsun benda dah nk raya baju anak bini pun tah kemana lgi..bantuan str fasa 2 yg berkeluarga rm200 sekali beli susu pempes beras dah hbis hahahaha..kalau bantuan untk kaki tangan kerajaan byk pula yg dapt bantuan ini tk adil langsun sama sekali,siapa lah yg nk sangt undi anuar nih iye baik ngaku cepat hahahah

    Reply

Leave a Comment