Bantuan Kerajaan

Bantuan Khas MAIPK RM500 – RM700 Untuk Individu Yang Layak – Mohon Sekarang

Terdapat banyak bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Terdapat bantuan yang baru diperkenalkan dan bantuan yang lama tapi masih diteruskan hingga kini.

Pasti banyak yang terbeban dengan pendapatan yang diterima pada saat ini atas sebab pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan wang tambahan untuk menampung kehidupan di hari-hari selanjutnya

Terdapat bantuan kewangan yang masih diteruskan hingga kini iaitu Bantuan One Off MAIPK yang mungkin ramai individu tidak tahu tentang bantuan ini. Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan MAIPK.

Bantuan Kewangan Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) ini disediakan adalah untuk memudahkan pelajar yang beragama islam yang bermastautin di negeri Perak untuk mengurangkan beban dan mendapatkan zakat bagi memasuki IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

KADAR BANTUAN 

Kadar bantuan mengikut peringkat pengajian ;
  1. Sijil / Matrikulasi / STPM / STAM / SPMV(KV) = RM500
  2. Diploma / DPMV (KV) = RM600
  3. Ijazah = RM700

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

  1. Setiap peringkat pengajian hanya sekali saja bantuan akan diberi
  2. Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh dari daftar diri IPTA / IPTS
  3. Tempoh pengajian mestilah melebihi tempoh setahun 
  4. Pemohon mestilah bermastautin dalam negeri Perak
  5. Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA

CARA MEMOHON BANTUAN

Pelajar yang layak dan ingin memohon, anda boleh membuat permohonon di laman sesawang ini ; MAIPk (Klik Sini)

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button