Terkini : Makluman Rasmi Pihak KWSP Mengenai Pengeluaran Khas 2.0

Ketika ini, isu yang hangat diperkatakan adalah berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 sama ada ianya akan diluluskan ataupun tidak. 

Pelbagai usaha seperti petisyen mahupun borang aduan telah dilancarkan sebagai tanda sokongan agar pihak kerajaan dapat memberi “lampu hijau”.


Jika di lihat melalui media sosial, rata-rata rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP mengharapkan agar Pengeluaran Khas KWSP bagi edisi 2.0 ini dapat dilaksanakan. Sekurang-kurangnya ianya dapat membantu mereka menanggung kos perbelanjaan ketika ini kian meningkat.

Terbaru, pihak KWSP telah memberi respon melalui page rasmi Facebooknya setelah seorang pengguna telah mengajukan soalan berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini. 

Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

MAKLUMAN RASMI KWSP BERKENAAN PENGELUARAN KHAS 2.0

Baru-baru ini, pihak KWSP telah membuat kenyataan melalui page rasmi Facebooknya setelah seorang pengguna bertanya, akankah ada pengeluaran Khas KWSP 2.0?

Pihak KWSP telah memaklumkan bahawa :

Hi! Setakat ini, tiada Pengeluaran Khas 2.0 dilaksanakan. Mohon berhati-hati dengan info yang ditularkan berkaitan Pengeluaran 10k melalui laman media sosial dan Whatsapp ……….

Pihak KWSP juga meminta agar semua orang dapat berhati-hati dalam mengisi mana-mana borang yang bukan rasmi dari kerajaan/ KWSP. Ini kerana dikhuatiri data anda akan digunakan bagi tujuan yang tidak baik.

PENGELUARAN KHAS KWSP MELALUI AKAUN 2

Berikut adalah senarai bagi sebarang pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 2 :

  1. Pembayaran Ibadah Haji
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji

  2. Pembayaran Rawatan Perubatan
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembayaran Rawatan Perubatan

  3. Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembelian Rumah

  4. Pengeluaran Untuk Pendidikan
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pendidikan

Leave a Comment