Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam RM700 & Pesara RM350

Sebentar tadi telah berlangsungnya Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Putrajaya sudah pasti menjadi tumpuan khususnya Penjawat Awam di seluruh negara.

Menerusi majlis tersebut, pelbagai inisiatif telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri yang bakal memanfaatkan seluruh penjawat awam.

Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KHAS KEWANGAN RM700 & RM350

Ketika ucapan Perdana Menteri, beliau memaklumkan bawah Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2022 akan diberikan kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 kebawah iaitu berjumlah :

  • RM 700
Bukan itu sahaja, beliau juga mengumumkan dimana, pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen pun turut akan menerima bantuan ini sebanyak :
  • RM 350
Untuk makluman, Bantuan Kewangan Khas (BKK) ini akan disalurkan pada Januari 2023.

SENARAI INISIATIF BARU UNTUK PENJAWAT AWAM

Beberapa inisiatif baru yang telah diumumkan khas untuk penjawat awam iaitu :
  • Kenaikan kadar maksimum jumlah cuti rehat boleh dikumpul kepada penjawat awam bagi tujuan ‘award’ wang tunai dari 160 hari ke 180 hari.
  • Ahli keluarga CTR (kematian) diperluaskan kepada adik beradik nenek dan datuk.
  • Tambahbaik pada pegawai capai gaji maksimum, 3% ikut gred masing-masing.
  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan RM100 kepada semua gred 11 hingga 56 mula dibayar pada Januari 2023.

Leave a Comment