Pengeluaran Khas KWSP Telah Dibenarkan Untuk 4 Kategori Ini Sahaja
Sehingga kini, rakyat Malaysia masih mengharapkan agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dibenarkan. Terdapat petisyen bagi tujuan tanda sokongan khususnya daripada pencarum KWSP di usulkan dan ianya mendapat sambutan.
Petisyen tersebut telah mendapat sambutan rakyat Malaysia dimana setakat ini “sign” petisyen itu kini mencecah 100 ribu.
Namun, ingin di ingatkan kepada anda, walaupun pihak Kerajaan tidak meluluskan pengeluaran Khas KWSP 2.0, anda masih boleh lagi mengeluarkan simpanan anda melalui Akaun 2 untuk tujuan tertentu.
Table of Contents
SKIM PENGELUARAN KWSP AKAUN 2
Melalui perkongsian yang dibuat oleh pencarum KWSP, pihak KWSP ada membuat kenyataan mengenai pengeluaran Khas KWSP 2.0.
Buat masa ini, tiada sambutan / lanjutan untuk pengeluaran Khas 10k. Akan tetapi, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka tertakluk melalui Skim Pengeluaran KWSP.
SENARAI SIMPANAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 2
Berikut adalah senarai bagi sebarang pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 2 :
- Pembayaran Ibadah Haji
Untuk yang menjadi para bakal haji , anda boleh keluarkan wang simpanan akaun 2 bagi mengurangkan bebanan kos. Pengeluaran ini adalah menerusi permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji - Pembayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghidapi 36 penyakit kritikal , anda boleh membuat pengeluaran wang akaun simpanan 2 untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan.
Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembayaran Rawatan Perubatan - Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Jika anda berazam untuk memiliki sebuah rumah idaman , pihak KWSP akan memberikan kemudahan kepada pencarum agar dapat membantu mereka untuk memiliki rumah pertama menerusi :- Rumah subsale
- Pembinaan rumah sendiri
- Pembelian rumah lelong
- Pembelian rumah mesra rakyat
- Pengeluaran Untuk Pendidikan
Jika anda mempunyai anak yang masih belajar di universiti ataupun kolej , anda akan menampung pembayaran mereka dengan menggunakan akaun simpanan 2 KWSP (jika ada) PTPTN yang tidak mencukupi dan lain – lain.
Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pendidikan