Rasmi : Kerajaan Umum Bantuan Laptop Percuma Untuk Golongan B40 Bermula Ogos 2022

bantuan laptop percuma

Untuk makluman, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah mengumumkan permohonan Peranti Pelajar Keluarga Malaysia akan dibuka semula mulai 1 Ogos hingga 30 September ini.

Pernyataan ini telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Tan Sri Annuar Musa dalam sebuah sidang media khas.

Tarikh penerimaan peranti itu diumumkan semasa sidang media khas tersebut. Anda boleh mengikuti lebih lanjut melalui perkongsian dibawah.

JOIN CHANNEL TELEGRAM
TELEGRAM RUJUKAN MALAYSIA

PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Untuk makluman, pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif Kerajaan dengan bantuan syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan peranti tablet. 

Pihak kerajaan ini telah menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta juga diikuti oleh syarikat telekomunikasi terpilih yang telah menyumbang sebanyak RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada 600,000 pelajar. Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

KELAYAKAN MINIMA

Mereka yang layak mendapat tablet percuma ini ialah pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tergolong dalam kumpulan keluarga B40, bermakna keluarga yang mempunyai purata pendapatan isi rumah bulanan di bawah RM4,850 layak memohon bantuan ini.

Turut terlibat dalam inisiatif ini ialah semua pelajar kumpulan keluarga B40 yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

PERANTI YANG DIBEKALKAN

Peranti yang dibekalkan kepada adalah spek minimum seperti yang berikut ;
  • Skrin 10.1″ paparan FHD, 1280 x 800
  • Android OS 10 dan keatas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum Storage 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB 
  • Kamera hadapan 2MP
  • Kamera belakang 2MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan slot audio 3.55 mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 ke atas
  • Wifi 2.4 Ghz & 5 Ghz
  • Battery 4500 mAH
  • Kabel charger disertakan
  • Papan kekunci disertakan
  • Pen Stylus disertakan

TARIKH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bantuan ini telah dibuka pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman sesawang rasmi PerantiSiswa

Terkini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusa untuk membuka semula permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos 30 September ini.

Permohon PerantiSiswa Fasa 2 turut melibatkan pelajar IPG dan Kolej Matrikulasi di bawah KPM 

CARA MOHON

Permohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini hanya boleh dibuat di laman sesawang Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) yang rasmi PerantiSiswa
Anda juga boleh merujuk laman sesawang yang disediakan : Manual PerantiSiswa

SEMAKAN KELAYAKAN

Keputusan permohonon akan dihantar melalui e-mel pemohon yang berjaya

TARIKH MENERIMA PERANTI

Kumpulan pertama dijangka akan menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua bulan Jun, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Tansri Annuar Musa

Peranti yang diagihkan akan dibahagikan kepada dua sesi ; 
  • Sesi Pertama – yang membabitkan 60% daripada jumlah keseluruhan penerima dan ianya diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap
  • Sesi Kedua – Bagi kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama
Penyampaian peranti bagi Program PerantiSiswa Fasa 1 akan dilaksanakan mulai Ogos 2022. Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan juga KPT untuk melancarkan program ini.

SYARAT KELAYAKAN

Satu unit peranti adalah bagi pemohon yang memenuhi syarat umum kelayalakan PerantiSiswa seperti yang berikut ;
  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga dari golongan B40 (Isi rumah yang berpendapatan RM4850 ke bawah)
  • Masih dalam pengajian (Peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda)
  • Bukan pelajar tahun akhir tahun 2022
  • Mengikuti pengajian sepenuh masa 
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti dari mana-mana program bawah kerajaan
  • Inisiatif ini hanya akan melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data internet
  • Peranti akan diagihkan menggunakan Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada pelajar dan hendaklah diserahkan semula mengikut kaedah setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program
  • Penerima peranti mestilah melaporkan kepada Pentadbir Program sekiranya terjadi kerosakan,kehilangan atau kecurian melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan
  • Mana-mana pihak yang telah diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti bagi menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa bila-bila masa sahaja
  • Penerima peranti bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima
  • Penerima peranti mesti menjaga peranti untuk perlakuan vandalisme yang boleh mengakibat kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut
  • Penerima peranti juga mesti mengikuti peraturan atau polisi yang telah ditetapkan
  • Penerima juga harus menggunakan peranti untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang melanggar undang-undang negara
  • Penerima peranti yang melanggar sebarang syarat yang ditetapkan atau menyebabkan kerosakan dan kehilangan yang disebabkan atas kecuaian sendiri boleh dikenakan penalti yang ditetapkan oleh Pentadbir Program
  • Penerima peranti akan mengikuti terma syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa
Peranti akan dikembalikan sekiranya;
  • Tamat pengajian
  • Berhenti dari tempat pengajian
  • Dibuang dari tempat pengajian
  • Menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga meyebabkan kerosakan atau menyalahi undang-undang negara
  • Melanggar sebarang syarat yang telah ditetapkan

MAKLUMAT LANJUT

JOIN CHANNEL TELEGRAM
TELEGRAM RUJUKAN MALAYSIA

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini, Sila emelkan ke [email protected] atau anda boleh hubungi talian berikut ;

  1. 03-8911 5351
  2. 03-8911 5258
  3. 03-8911 5265
  4. 03-8911 5188
Waktu operasi pada jam 8.00 pagi – 6.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat (Kecuali hari kelepasan am) dan jam 8.00 pagi – 12.00 tengah hari pada hari Sabtu dan Ahad.

Leave a Comment