Cara Tuntut Wang Anda Yang Tidak Dituntut Di Egumis – Tuntut Sekarang

e-Gumis merupakan portal rasmi untuk membuat semakan berkenaan dengan Wang Tak Dituntut (WTD). Portal ini telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi memudahkan pengguna untuk membuat semakan atas talian.

Untuk makluman, Wang Tak Dituntut (WTD) merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya di mana wang ini tidak pernah dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.

Sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu, sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut telah diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

TERKEJUT WANG TIDAK DITUNTUT SEBANYAK RM12,000

Baru-baru ini, seorang pengunjung terkejut apabila dimaklumkan beliau memiliki wang tidak dituntut berjumlah RM12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD).

Menurut Ketua Unit WTD Jabatan Akauntan Negara Kelantan, Nur Ani Sahibudin, senario itu antara kisah menarik sepanjang dua hari kaunter berkenaan beroperasi di Stadium Sultan Muhammad IV.

Sumber : Berita Harian Online

Oleh itu, berikut di kongsikan bagaimana cara untuk menuntut Wang Tak Dituntut.

CARA DAFTAR EGUMIS

Sekiranya anda ingin menuntut wang anda, anda perlulah membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan cara :

  1. Sila ke portal rasmi eGUMIS : https://egumis.anm.gov.my/
  2. Pengguna perlu membuat pendaftaran secara online
  3. Klik ‘Pendaftaran
  4. Di bahagian Pendaftaran Pengguna, masukkan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • Jenis Pengenalan
    • No Pengenalan
    • E-mel
    • Nama Pengguna
    • Kata Laluan
    • Ulang Kata Laluan
  5. Klik kota ‘SAYA MENGAKUI TELAH MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN SYARAT DAN TERMA YANG DITETAPKAN
  6. Klik ‘Saya Bukan Robot
  7. Akan terpapa Captcha yang meminta anda memilih kotak seperti diminta
  8. Daftar
  9. Klik YA pada ‘Adakah Anda Pasti Untuk Meneruskan Pendaftaran?
  10. Tanda pendaftaran anda berjaya apabila ‘Rekod Berjaya Disimpan

CARA MEMBUAT TUNTUTAN WANG

Setelah anda membuat pendaftaran eGUMIS, kini anda boleh membuat tuntutan wang. Berikut adalah cara dan langkah untuk membuat tuntutan :

  1. Sila ke portal rasmi eGUMIS sekali lagi : https://egumis.anm.gov.my/
  2. Klik ‘Log Masuk‘ 
  3. Masukkan ‘Nama Pengguna‘ dan ‘Kata Laluan‘ 
  4. Klik ‘Log Masuk
  5. Pengguna perlu mengemaskini maklumat yang diminta
  6. Klik ‘Simpan
  7. Klik ‘Carian Wang Tak Dituntut
  8. Masukkan MyKad pada ruangan yang diminta
  9. Klik ‘Cari
  10. Klik pada kota hasil carian tersebut
  11. Klik ‘Teruskan Dengan Permohonan
  12. Klik ‘Tambah Penerima‘ pada bawah skrin di sebelah kanan
  13. Klik kotak sekiranya maklumat diri sama dengan maklumat pemohon
  14. Tapi, pengguna perlu mengisi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat diri tidak sama dengan maklumat penerima
  15. Klik ‘Simpan
  16. Klik ‘Amaun Tuntutan
  17. Klik pada kota sebelah jumlah amaun tuntutan tersebut
  18. Klik kotak ‘Pengakuan Bersetuju dan Pengakuan Bersetuju dengan Syarat dan Terma
  19. Klik ‘Hantar
  20. Klik Ya pada Pengesahan Pendaftaran Pengguna.
  21. Klik Cetak.
  22. Selepas itu, skrin borang maklumbalas dipaparkan.
  23. Sekiranya ada pertanyaan, anda bolehlah mengisi  Nama, Subjek, E-mel dan Mesej pada ruangan yang disediakan.
  24. Kemudian , klik pada kotak Saya Bukan Robot.
  25. Kilk Hantar.
  26. Anda boleh klik Batal sekiranya tiada sebarang pertanyaan

DOKUMEN SOKONGAN EGUMIS

Beberapa dokumen sokongan yang diperlu dikemukakan bagi anda yang ingin membuat tuntuan eGUMIS. Antaranya adalah :

  • Borang UMA-7 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani
  • Salinan MyKad atau pasport bagi bukan Warganegara
  • Dokumen asal dibawa seperti buku bank, sijil simpanan tetap dan lain-lain
  • Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank kerana bayaran wang tuntutan akan dikreditkan terus ke dalam akaun (pengesahan daripada pihak  bank perlu)
  • Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD di link berikut 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut, anda boleh berhubung terus ke :

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-8000 8600
Faks : 03-8000 8611

Leave a Comment