Bantuan Kerajaan

Cara Claim Kredit Percuma Shopee Bernilai RM 400

Sustainabilty Archieved Via Energy Efficiency ataupun lebih dikenali sebagai SAVE sebelum ini adalah e-rebate atau baucar yang telah dilancarkan oleh Kementerian Tenaga & Sumber Asli (KeTSA).

Sebelum ini menerusi SAVE 2.0, peruntukan sebanyak RM30 juta telah dibelanjakan bagi memanfaatkan 140 ribu isi rumah dimana mereka yang berkelayakan telah menerima e-rebate sehingga RM200 bagi setiap isi rumah.

Namun kali ini, bantuan e-rebate ini telah ditambah baik kadarnya dimana isi rumah yang berkelayakan akan menerima sebanyak RM400 melalui pelaksanaan SAVE 3.0.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

SAVE 3.0

SAVE 3.0 merupakan satu program e-rebat atau baucar sebanyak RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga. Ianya bertujuan bagi menggalakkan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga dan sekaligus dapat menyumbang kepada penjimatan bil elektik.

Dengan SAVE 3.0 ini, anda akan menerima insentif sehingga RM400 dengan pembelian barangan elektrik cekap tenaga belabel 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Save 3.0 Kredit Shopee RM400

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mendapatkan baucar SAVE 3.0 ini :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pembelian boleh dilakukan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi plaform e-dagang yang di iktiraf seperti Shopee, Lazada, dan PG Mall.
  3. Pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan Nur Power
  4. Penerima e-rebat SAVE 2.0 sebelum ini adalah tidak layak untuk memohon bagi kategori 1
  5. Ianya terhad kepada 1 akaun sahaja (first come first serve)

KATEGORI BAUCAR SAVE 3.0

Untuk makluman semua, program ini terbahagi kepada 2 Kategori iaitu :

  • Kategori 1
    • Peti Sejuk Dan Penghawa Dingin
  •  Kategori 2
    • Televisyen / mesin basuh / ketuhar gelombang mikro / periuk nasi 
Save 3.0 Kredit Shopee RM400

CARA TEBUS KREDIT SHOPEE 

Sekiranya anda ingin membuat penebusan melalui e-dagang seperti Shopee, sila rujuk gambar rajah dibawah :

Save 3.0 Kredit Shopee RM400


Save 3.0 Kredit Shopee RM400

Untuk penebusan melalui e-dagang yang lain, anda boleh rujuk melalui pautan di bawah :

Untuk penebusan secara MANUAL pula, anda boleh rujuk senarai kedai elektrik yang telah berdaftar melalui program SAVE 3.0 ini melalui pautan berikut :

Nota : Sila sertakan sekali Kad Pengenalan dan Bil Elektrik ketika hendak membuat penebusan secara manual.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button